Salam to all,
Alhamdulillah syukur keatas nikmat yang diberikan daripada Sang Pencipta, Allah azzawajallah serta sholawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W dan moga kita termasuk diantara manusia yang dipilih untuk mendapat syafa'at Baginda S.A.W diakhirat kelak. Ameen Ya Robbal 'alamin

Sudah lama antynachuleena tidak mengupdate blog ini Allahu Allahu, kesuntukkan masa dan kesibukkan dalam kehidupan seharian telah menyebabkan hamba Mu yang fakir ini tidak dapat berkongsi ilmu yang telah disampaikan oleh para Habaib serta guru2 yang mulia dengan rakan2 yang dikasihi Ampunkan lah dosa2 ku kerana keterlupaan dalam menyampaikan amanah mereka Ya Arhamar Rahimeen
Sejak kebelakangan ini, kehidupan dirasakan sangat menyesakkan dada Ujian yang datang dari Allah SWT, sebaik mungkin antynachuleena belajar erti redha dan bersyukur atas segala kurniaan daripada Nya Tidak juga lupa untuk memuhasabah diri sendiri kerana ujian yang datang atas kelalaian daripada diri sendiri Allahu Allahu Namun, Alhamdulillah, mendampingi para Habaib dan guru2 yang mulia sedikit sebanyak dapat menyembuhkan kegelisahan hati dan menjadi penawar duka cita yang dialami

Berikut adalah ringkasan daripada kuliah bersama Baba Aziz:
Alhamdulillah, pesanan beliau dapat dijadikan makanan rohani dan peringatan kepada antychuleena dalam mengharungi hidup dimasa2 yang akan datang Pesan beliau, tatakala kita memohon pada Yang Esa, mintalah dengan IKHLAS (tawadu') dan YAKIN PADA ALLAH dengan menghadirkan hati yang bersih
Tambahnya lagi, kita diatas muka bumi ini hanya untuk menunjukkan kehambaan semata2 kepada Allah SWT Kalau kita diuji, BERSABARLAH Kalau kita senang, banyakkan BERSYUKUR kepada Ilahi Jika kita berada dalam ujian Allah dan merasa susah, maka pohonlah kepada Ya Robb agar kita diberi kesabaran yang lebih
Dengan itu, hakikat yang benar adalah berkasih sayang dengan Allah SWT kerana Allah SWT telah menyempurnakan dunia dan akhirat untuk kita Maka bermanja2 lah kita dengan Tuhan yang memiliki segala2 nya dengan menyebut2 zikrullah dengan sepenuh hati menuju kepada Allah
Baba Aziz juga mengingatkan agar kita jangan sesekali takut ketika meminta ampun atas dosa2 yang telah kita lakukan kerana tiada siapa yang boleh mengampunkan melainkan Allah SWT Sedangkan nabi kita Rasulillah SAW yang maksum dari melakukan dosa2 sama ada besar atau kecil tidak pernah terlepas dari beristighfar 100 kali sehari Apatah lagi kita yang penuh dengan dosa dan noda wajiblah senantiasa mengangkat tangan memohon semoga Allah SWT akan mengampunkan dosa2 yang lalu, yang kini dan yang akan datang
Akhir sekali, Baba Aziz menyatakan, bacalah istighfar Nabi Nuh as sebanyak 25 kali ketika menghadapi kesusahan, bala bencana dan sebagainya Disamping itu, kita haruslah mengakui kezaliman yang telah kita lakukan di atas bumi yang hanya sementara ini
Sampai disini sahaja kalam yang disampaikan oleh Baba Aziz yang sempat al fakir catatkan Semoga memberi manfaat untuk kita didunia dan diakhirat Wallahu 'alam









chuleena and cik iems (hamboi, habis muke saya ditutupnya







siot jek! aku convo tapi pic die plak yang lawa....


aida, alina, sharon 

